Monday, October 28, 2013

Komen seminggu lenjan suprima sedan (prevé)

Setelah puas pakai seminggu ini komen aku.

Pickup :
Agak ok nak compare dengan saga 1.3 manual aku, nak keluar junction pun smooth. Perasaan lain dari test drive unit (turbo dan NA) yang aku testdrive lama dulu, mungkin dah update ecu, tapi aku takde bukti ecu versi berapa.

Minyak :
Isi full tank (8 bar) rm84.xx kat meter tunjuk 700km, drive lebih kurang 119km dh drop 1 bar. Jalan bandar dengan jem agak parah la lingkungan 9km-10km seliter. Kalau naik highway sedap cruising.


Kesenyapan cabin :
Dah tentu lagi senyap lah sebab kereta baru, getaran pada dashboard,pintu dan sbginya tiada kedengaran. Bunyi dari tayar pun kurang. Aku buka hood depan check bawah wiper tu ada nampak carpet serap bunyi.
Tapi boleh ditingkatkan lagi, kira yg skrg ni bukan la yg terbaik pun.

Kedudukan kerusi :
Rasa tak support belakang, dah adjust macam2 kedudukan tapi rasa tengkuk dan badan mcm seat tu tak support.

Speed :
Bawa dalam lingkungan 70kmh - 120kmh je, enjin baru lagi. So far puas hati la. 

Keputusan :
Ok sangat untuk kategori C Segmen, cuma kelemahan-kelemahan FC , NVH, dan kedudukan kerusi perlu diperbaiki. Kata nak jadi jaguh global kan.

Saturday, October 19, 2013

Friday, October 18, 2013

Prevé LE bakal dilancarkan




Dalam website proton-edar ada update harga dan spesifikasi. Menurut sumber yang boleh dipercayai ia akan dilancarkan pada hari Ahad ini, hanya ada 100 unit dan warna Putih sahaja.

Harga yang agak mahai RM79k , ia didatangkan dengan tambahan 6 airbag, kemasan kulit pada kerusi, steering dan arm rest (center console lid), rim sukan 17 inci, mungkin ada hill start assist sbb suprima S ada system elektric vacuum pump dimana ia mengurangkan sikit bebanan pada enjin sama macam orang claim EPS (elektrik power steering) vs Hydraulic power steering.


Wednesday, October 16, 2013

Hantar Service Center




Harini hantar kereta ke service center buka selepas sehari cuti hari raya haji (aidil adha), tujuannya nak betulkan pintu belakang kiri tak boleh buka dari belah dalam. Dah cuba tengok masalah kot-kot la child lock ON tapi dah pulas ke disable pun masih tak ok. Bila pomen check rupanya memang cable dalam tu tak kemas betul-betul pada pembuka pintu. Hal kecik tapi kalau kat kilang tak check betul2 sebelum release kat customer boleh buat orang marah juga kan.


IMG 20131016 WA0007 Dalam jam 11 pagi dah siap cun.

posting pertama blog

Alhamdulillah syukur akhirnya Suprima S Sedan (Prevé) sampai juga sehari sebelum hari raya aidil adha tadi. Kereta ni bapa aku punya, jual iswara 2004 dia pastu ambil prevé executive iafm. Tak mau turbo sebab bukan nak laju kat atas highway pun, yg penting bawak jalan2 semua orang selesa. Cuma rugi takde accessories macam premium seperti 'built-in turbo with VVT', 6 airbag, stability control (ESP), side mirror auto fold, radio touchscreen built-in navigation.

Tujuan blog ni dibuat untuk keep track apa perubahan pada prevé exec cvt ni, service, claim warranty, masalah ke kegembiraan ke bila-bila aku rajin.

Ada komen dan cadangan ? Coretkan pada ruangan komen nanti.